Thursday, October 7, 2010

THAT WEEKEND

Last weekend was quite a bz week. Hari Sabtu, Taska Nurain aka Taska Danish buat Jamuan Hari Raya...kitaorang pun bergegas la g POJ coz lepas tu g wedding Boy plak (sebelah perempuan) kat Salak Tinggi. Congrats to Boy & Rin for their big day! Semoga berkekalan hingga ke anak cucu hendaknya. Amin.










Sekitar jamuan Hari Raya Taska Danish



Wedding Boy & Rin (2 Okt 2010)

On Sunday, we got a chance to watch a musical theatre about the great legend...our beloved Tun Mahathir. Terima kasih kepada Mama kerana tolong jagakan Danish semasa ketiadaan kami menonton teater..hehe..we owe u a lot, Mama!.We managed to arrive early at IB..around 7pm, soon after we finish our family photo shoot by Uncle John (I'll update more about tis family photo later aye).


Muzikal Tun Mahathir

 











Rasa-rasanya Teater Muzikal Tun Mahathir ini adalah antara teater yang dinanti persembahannya oleh peminat teater tanahair terutama bagi mereka yang mengagumi mantan Perdana Menteri Malaysia yg ke-4 ini. I'm among the trillion fans of Tun M..yang amat mengagumi ketokohan dan kebijaksanaan beliau. Teater Bapa Pemodenan yang diarahkan oleh pengarah teater terkenal, Rosminah Mohd Tahir ini menampilkan barisan artis popular seperti Erra Fazira, Esma Daniel, Azizan Nin, Zaibo, Dato' Jalaludin Hassan n many more. So far, the theatre was so good..kecuali beberapa babak yang rasanya perlu dikembangkan lagi..sebagai contoh..era pembangunan yang diilhamkan oleh Tun M seperti gambaran pembinaan KLCC, KLIA, F1 Sepang n a few more yang digambarkan agak ringkas dan tidak kemas...pada hal, Tun M was known because of the development of all tis places...MFA pula berpendapat the props used are too simple..tapi secara keseluruhan, teater yang bermula lebih kurang jam 8.40 malam dan berakhir pada jam 11.30 malam ini menghiburkan dan sangat berinformasi...probably lepas ni akan ada pula pementasan untuk mantan PM Malaysia yang ke-5, our beloved Pak Lah...

Thursday, September 23, 2010

Cerpen: 1Dihatiku

Again...i broke the promise to update my blog frequently...alah, manusia kan namanya..wil cum out with thousand of excuses..hehe..
Anyway, juz to share, di tempatku bekerja sekarang diorang ni banyak wat aktiviti...sempena hari kemerdekaan, diorang telah menganjurkan bermacam pertandingan..wat pertandingan menulis cerpen pendek, pertandingan berbalas pantun (pada 28 hb) dan jugak deklamasi puisi (tis coming 30th Sept)aku yang tamak ni mendaftarlah untuk sume pertandingan tu..huhu.....pertandingan tulis cerpen tu pun aku masuk gak walaupun dah lama giler x menulis nih...alhamdulillah, finally i manage to finish it within 2 days...yang jadi tukang memberi komen waktu tuh adalah si MFA...thanx for ur idea baby!. Last monday, aku pun menghantar karyaku ini kepada urus setia yang berkenaan. So, sebagai permulaan dalam berkarya (after tis i'm thinking of writing more...), dipersembahkan sebuah cerpen bertemakan 1Malaysia...bertajuk "1Dihatiku"..btw, kalo sape2 yang baca cerpen ni ada ape2 komen, post kan kat blog orang ni ekk..thanx in adv!

“1 Dihatiku”


005. Aduh!baru 5 orang...detik hati kecilku. Aku memandang sekali lagi nombor giliran di tangan. 010. Nampak gaya lama lagi aku harus menunggu dan sesungguhnya penantian ini satu penyiksaan. Aku benci kepada penantian yang sebegini menyiksakan tapi apakan daya kali ini aku terpaksa redha. Hari ini adalah hari penentuan. Aku bakal melalui satu temu duga bagi jawatan yang diidam-idamkan oleh ibuku. Aku akui jawatan ini juga idaman aku. Kata Ibu. ‘Along...kawan-kawan Ibu cakap jadi PTD ni bagus. Cerah masa depan’. Aku mengiakan kata-kata Ibu itu. Walaupun tak pernah terlintas dan tak pernah terbayang jikalau ditakdirkan satu hari nanti aku akan bergelar seorang Pegawai Kerajaan. Tiba-tiba lamunanku diganggu-gugat oleh gelak suara sekumpulan gadis muda berhampiranku. Rancak benar mereka berbual. Rasa-rasanya mereka juga hadir untuk temu duga jawatan yang sama. Malangnya, kurang benar calon lelaki yang datang temu duga hari ini. Kalau ada pun memencilkan diri di hujung dewan. Sibuk mentelaah agaknya dengan buku di tangan. Malas pula aku nak pergi menyapa. Tiba-tiba, pintu bilik di hadapanku dibuka dan terpacul seorang gadis manis dari situ. Sempat senyuman nakal ditujukan kepadaku. Tergamam seketika dibuatnya. Belum sempat aku menyapa, pantas pula gadis manis itu digamit oleh kumpulan gadis yang bergelak sorai tadi. Mengekorinya dengan ekor mataku, aku cuba juga memasang telinga dari kejauhan. Cuba mendengar apa yang diborakkan. Gadis manis itu kulihat mula bercerita dengan gaya dan lenggoknya. ‘Apa? Diorang tanya tentang 1Malaysia. Ada beza dengan konsep Malaysian Malaysia kan? Diorang tanya pasal 3 prinsip tu juga ke?’ Jerit kecil salah seorang dari mereka terus menarik perhatianku. 1MALAYSIA! Ya Allah. Jeritku pula di dalam hati. Otakku mula ligat mengingati semula tentang konsep yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini. Yang aku tahu...ianya tentang perpaduan antara kaum...lagi...lagi...aduh!kenapa tiba-tiba aku seakan lupa semuanya. Aku rasa CPU otakku ini sudah terlalu sarat dengan segala macam informasi dan ianya sudah bercampur aduk antara satu sama lain. Perbualan antara aku, Kok Hoe dan Ramesh semasa di kopitiam seminggu yang lalu kembali terngiang-ngiang di telingaku. ‘Jie, what do you think about 1Malaysia?’ Aku sekadar menjawab ‘Ok, I think’ dan kembali menghirup kopi yang tersedia di meja. Tambah Ramesh pula ‘I respect our PM. Semua orang suka dengan konsep tu. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Entah-entah, kau temu duga nanti diorang akan tanya tentang benda alah ni’. Aku cuma mengiakan kata-kata mereka dan berjanji maklumat lanjut tentang 1Malaysia akan kucari melalui internet apabila ada kelapangan kelak.

Buaian lamunanku terhenti sekian kalinya dengan sapaan lembut oleh gadis manis tadi. ‘Saudara, saya rasa nombor giliran saudara kan ni?’. 010. Alamak! Sudah sampai giliranku. Sekejapnya rasa. Jauh aku mengelamun sampaikan tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Sempat kuucapkan terima kasih pada gadis manis yang kemudiannya berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Aku bergegas mengepit fail mengandungi dokumen berkaitan dan pantas mengetuk bilik dihadapanku. Salam kuhulur sebagai pemula bicara. Aku dipersilakan duduk di kerusi yang disediakan dan nah...dihadapanku duduk seorang lelaki berkot hitam dan seorang wanita separuh umur berbaju kurung berwarna biru muda. Agak serius wajahnya memandangku. Aku cuba berlagak biasa dengan mengukir senyuman tetapi jantungku terasa seakan luar biasa pula degupnya. ‘Encik Mohd Fauzi, boleh perkenalkan diri...’ Dengan keyakinan yang ada, kumulakan bicara dengan sebaik yang mungkin. Perbualan seterusnya berlangsung lebih kurang 15 minit. Aku mula rasa lega kerana aku merasakan temu duga itu berjalan dengan lancar sehinggalah ke minit yang kurasakan paling mencabar. ‘Encik Mohd Fauzi tahu tentang 1Malaysia?. Tiba-tiba aku merasa peluh jantanku mula mengalir di pinggir wajah. Rasa sejuk penghawa dingin tidak mampu menyejukkan lagi aku tika itu. Gaya lenggok gadis manis di luar tadi bercerita tentang 1Malaysia turut singgah di kotak fikiranku. Kenapalah soalan yang paling aku ingin hindari saat ini ditanyakan juga. Bisik hati kecilku lagi. ‘Tahu sedikit-sedikit saja, tuan’. Sambil otakku ligat memikirkan jawapan seterusnya. ‘Apa yang kamu tahu?Ceritakan pada kami’. Ujar wanita separuh umur itu pula. ‘1Malaysia pada dasarnya adalah mengenai perpaduan antara kaum’. ‘Lagi?’. Aku diasak dengan ungkapan itu. ‘Erm...selain itu, 1Malaysia adalah...’dan aku terbayangkan disaat itu bebelan Ibu yang risaukan tentang persiapan temu dugaku dua tiga hari yang lalu. ‘Along, dah sedia ke nak pergi temu duga ni? Ibu tengok Along ni macam tak sedia apa-apa pun. Tak pernah lekat di rumah. Asyik keluar saja. Along ada tak baca tentang isu semasa. Pasal 1Malaysia ke?. Ibu risau ni. Susah nak dapat temu duga kerja gomen sekarang. Ibu nak Along lepas temu duga tu’. Harap Ibu lagi. Aku menjawab dengan nada sambil lewa sambil tanganku sibuk menekan kekunci komputer ribaku melayari laman web sosial yang popular ketika ini, Facebook. Alah, banyak masa lagi nak buat persediaan. Detik hati kecilku. ‘Encik Mohd Fauzi tahu tentang 3 prinsip teras 1Malaysia?’ Tanya wanita separuh umur itu lagi yang mengembalikan aku ke realiti sebenar. ‘Kurang pasti, puan’. Jawabku jujur. ‘Bagaimana pula dengan 8 nilai yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia?’. ‘Saya tidak tahu, tuan’. Jawabku ringkas dengan harapan tiada lagi soalan tentangnya diajukan kerana fikiranku sudah tidak dapat memikirkan lagi jawapannya. ‘Begini ya. Sebelum hadir ke sebarang temu duga khususnya dalam perkhidmatan awam seharusnya Encik Mohd Fauzi perlu mempersiapkan diri dengan secukupnya secara mental dan fizikal. Seperti juga Kemerdekaan, saya pasti 1Malaysia adalah sesuatu yang setiap rakyat Malaysia perlu tahu dan menghayatinya sepenuh jiwa. Bukan sekadar tahu 1Malaysia adalah mengenai perpaduan antara kaum seperti yang Encik nyatakan tadi, malah sebagai generasi muda, seharusnya kita perlu tahu dengan lebih mendalam lagi. Kita perlu ambil tahu perkara yang kita kurang tahu...’ terang lelaki berkot hitam dengan panjang lebar. Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata beliau dan jauh di sudut hati timbul rasa keinsafan yang amat sangat. Aku mula menyedari betapa kerdilnya aku di tanahairku sendiri. Aku menyambut Hari Kemerdekaan tiap-tiap tahun tetapi tidak mengenal erti kemerdekaan sebenar. Aku mendengar tentang gagasan 1Malaysia hampir tiap-tiap hari, diwar-warkan secara meluas di media massa tapi kenyataannya aku tidak pernah tahu maksud sebenarnya. Aku menanam tekad di sudut hatiku mulai detik itu, aku akan mengambil tahu tentang semua ini. Tahu tentang Kemerdekaan. Tahu tentang 1Malaysia. Aku mahu menjadi seorang anak Malaysia yang sejati. Itu tekadku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Along! Kok Hoe dan Ramesh datang ni...’. Panggilan Ibu mengejutkanku dari mimpi yang panjang. Di sisiku akhbar Mingguan Malaysia. Ruangan sastera “Cari 1Malaysia dalam novel Interlok’ menjadi bacaanku sebelum mimpi yang panjang itu membuaiku jauh.

‘Kok Hoe, Mesh...duduklah’ sapaku kepada dua sahabatku yang muncul dari depan. ‘Jie, how’s your interview? When is the result?’. Gamitan memoriku kembali kepada temu duga yang kulalui di SPA Putrajaya beberapa hari yang lalu. Ia mengingatkanku kembali kepada 1MALAYSIA. ‘Soon. Guys, do you know about 1Malaysia?’ Tanyaku menguji keduanya. ‘Jie, soalan cepu emas la. Aku rasa hari tu aku tanya kau kan?. Ni kau pula yang tanya aku’ Balas Kok Hoe sambil tersenyum. ‘As Malaysian, we should know what it is all about. Menurut YAB Perdana Menteri, konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dan semestinya konsep ini menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Jadi kita perlu saling memahami dan menghayati 8 nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti dengan disandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial’. Ujarku panjang lebar dengan merujuk kepada booklet 1Malaysia yang erat di genggamanku. Dan petang yang hening itu diteruskan dengan bual bicara antara aku, Kok Hoe dan Ramesh berkaitan 1Malaysia yang kini terasa makin dekat dihatiku.

Hasil Nukilan: Khadijah Ishak
                      September 2010

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan ini

Ishk..sedar x sedar dah masuk seminggu dah umat Islam berpuasa...Selamat Berpuasa semua!Ramadhan..bulan yang dinanti-nanti..bulan ni jugak la kalo diikutkan ramai orang berpusu-pusu nak balik cepat sebab nak g beli juadah berbuka..g solat terawih at nite..n bangun pagi untuk sahur..alhamdulillah, eventho im now nearly to the end of my 1st trimester..im still able to fasting like usual..no more morning sickness...sama macam mengandungkan Danish dulu..i can count a few time la muntah pagi2..Insya-Allah, kalo xde aral..in Feb next year akan bertambah la lagi seorang ahli keluarga baru..MFA always gelarkan adik Danish..n of course our responsibilities dalam membesarkan anak-anak akan bertambah..we are getting matured la kira..hehe..

Pada Ramadhan ini juga terasa cepat benar masa berlalu..dah bulan Ogos rupanya..kemudian masuk September n then without realising it..dah nak pun masuk tahun 2011...Masya-Allah, terasa masih belum cukup amal jariah yang kita lakukan..tanpa disedari umur pun dah semakin bertambah..banyak juga yang dicita-citakan belum kesampaian..rasanya sudah sampai masa untuk kita melakukan anjakan paradigma..chewah!cita-cita memang selalu kena tinggi...

So far, Ramadhan ini diriku masih belum berkesempatan untuk menunaikan solat terawih kat mane2 masjid dalam Putrajaya nih..wat solat terawih kat umah saje..MFA aje yang turun ke surau kat bawah blok tu..bukan ape..susah gak nak bawak Danish, tgh nakal..asyik nak berjalan aje..nanti ilang plak dalam keramaian orang di surau tuh..maybe next year, we can bring him to the mosque n teman mama n papa dia solat terawih..

Thursday, May 13, 2010

Another Visit to Clinic An-Nur

Last nite we went to An-Nur Clinic again..klinik pakar kanak-kanak..last week dah g klinik gak...danish got rashes..tis time around batuk plak..n its quite bad..he cant even sleep at nite..asyik terjaga aje..mama n papa dia pun terjaga jugak la..cian my lil boy..sampai kat klinik pkl 8.30..tunggu pojie balik keje dulu..lambat plak dia balik..kena tgk student training for tournament tis weekend..aduh!ramai giler org kat klinik...dkt pkl 10.30 baru jumpa doc..nak menunggu 2 jam tuh, my lil boy plak punya nya aktif..ke sana..ke sini..luckily i sent him to nursery..so, dia langsung x takut org..dia plak yg sibuk nak join bdk2 yang lebih besar dari dia..friendly mcm mama n papa dia gak..haha..

Tuesday, May 11, 2010

After 9 months

Wow!its been nearly 9 months i never wrote anything in my blog...ni kalo pregnant..dah bersalin dah..haha..siap my bro in law perli-perli lagi..asyik entry yang sama aje..yup..the last time i wrote sumthing in my blog was in august last year..asyik baca blog orang..blog sendiri ntah ape-ape..well..coming to my mid year resolution..updating my blog frequently..ahaks..baru la sepadan dengan tajuknya.."A Journey Of Life"..btl x?doink..(btw tis is my fav word kat ofis baru n ianya tlh menjadi ikutan kengkawan baru ku..)
Mentioning abt career..yup..i moved to another dept alredi..kat Putrajaya..no more heavy traffic jam in the morning..a new working environment...eventho frankly speaking, i really missed my old workplace..but a new one give me a new challenging n of course a new xperience..siapa sangka..baru 3 bln masuk keje..dah dapat g UK & Ireland..ni la rezeki namanya..erm..pojie had worked at a new place as well..even tho i still think he does missed his OB spirit thingin' but he also move on wit his life..n we manage to stay together in a same house on our own ( for the past 6 mths eventho kat kuarters kerajaan ajer)..so,we are now declared as 'a unit' now...yupyea..
A lot of things happened in the past 9 mths...suka n duka..macam biasa la kehidupan namanya kan..yang penting we got to enjoy every single second in our life..danish pun dah nak setahun dah..kejap aje rasanya..he's 1 yrs old next mth..we plan sumthing special for him..not so big..sederhana la..n org sekeliling pun dah ramai yang bertanya bila danish nak dapat adik..erm..hehe..tunggu..biar danish nak bermanja dulu..danish is very close to his papa..the reason being..i went abroad for 2 weeks n bila balik dia cam dah lupa sikit kat mama dia..sedey beb!but slowly i try to win his heart bck..i think its ok dia rapat dgn papa dia..anak papa la katakan..nxt one..anak mama plak..ahaks..
Last Sunday was a Mother's Day..terharu nyer..its a 1st time i celebrate it..tat Sunday was full of activity..me n pojie went to Mid Valley and watch Iron Man 2...we manage to buy the Gold Class ticket..haha..1st time beli yg GC punya..mcm beria sikit la..then we havin' Carls Jr Burger for lunch n listening to Parenting Forum for 2 hrs bersempena dgn Expo Mami n Baby..the day before dah dtg expo tu..Danish masuk Baby Crawling Contest..but x menang la..hehe..mana x nya, org merangkak terus g kat parents di ujung pentas..danish ble g pusing2 plak..apa2 pun, im still proud of him..at least dia merangkak..ada yang x merangkak langsung..siap menangis lagi..hehe..lawak tul..Malamnya, one whole family dinner at Perantau, Kajang n Pojie bought for me,Mama n Maksu a cake..sambutan Hari Ibu la gamaknya..


Thursday, August 27, 2009

BAJU MELAYU NEWBORN

6th day of fasting…sedar x sedar dah masuk hari ke-6…my collegues at the office (the married one) already busy telling their plan to take their children to buy baju raya…tat’s fun I think especially when u got small kids..they will look really cute wearing baju raya…this raya will be a special one for me as I got dani n pojie celebrating it wit me…I’m thinking of buying baju raya for dani but both me n pojie think tat he’s too small to wear it…However, after I browse thru the internet..I found this website (wic just being added in my blog list)… http://www.cutes-closet.blogspot.com/.....I found this cute baju melayu for a newborn baby…but its alredi sold out la pulak…

BM096NewbornRM35 --Sold—

Not giving up, I called the owner of tis blog, Puan Hairizah n asked her whether she got any extra stock…n she said YES!...i feel so xcited n booked 1 pair for Dani…Even tho, some people dun really trust online shopping (n yet this is the 1st time for me...), i would like to give a try..furthermore, its quite difficult to find baju melayu for newborn baby...n i think there r none in the normal market...the one that is easy to find is 4 one year & above...pojie plans that the three of us wear the same color for this raya…he suggests we wear purple color this year…..cant wait tho!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan...Ramadhan...

Finally..Ramadhan is coming again...bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam...it's been so long since i wrote sumthing in my blog..on June 7....i had safely delivered my first child...a cute lil boy...yang diberi nama Muhammad Danish Rifqi...the feeling of being a mother is truely difficult to be describe...i had gone thru my 44 days of confinement n now i'm back to work almost 2 weeks...pojie n i decide to sent our lil baby to nursery while we r working...rasa rindu sangat bila berjauhan dengan danish...i try to go back home on time almost everyday coz i miss my lil boy so much...

This Ramadhan will be a special one for me...with my luv one staying wit me...pojie n danish...aku berharap agar pada Ramadhan ini aku diberikan kesihatan oleh-Nya untuk terus beribadat...Insya-Allah...