Thursday, September 23, 2010

Cerpen: 1Dihatiku

Again...i broke the promise to update my blog frequently...alah, manusia kan namanya..wil cum out with thousand of excuses..hehe..
Anyway, juz to share, di tempatku bekerja sekarang diorang ni banyak wat aktiviti...sempena hari kemerdekaan, diorang telah menganjurkan bermacam pertandingan..wat pertandingan menulis cerpen pendek, pertandingan berbalas pantun (pada 28 hb) dan jugak deklamasi puisi (tis coming 30th Sept)aku yang tamak ni mendaftarlah untuk sume pertandingan tu..huhu.....pertandingan tulis cerpen tu pun aku masuk gak walaupun dah lama giler x menulis nih...alhamdulillah, finally i manage to finish it within 2 days...yang jadi tukang memberi komen waktu tuh adalah si MFA...thanx for ur idea baby!. Last monday, aku pun menghantar karyaku ini kepada urus setia yang berkenaan. So, sebagai permulaan dalam berkarya (after tis i'm thinking of writing more...), dipersembahkan sebuah cerpen bertemakan 1Malaysia...bertajuk "1Dihatiku"..btw, kalo sape2 yang baca cerpen ni ada ape2 komen, post kan kat blog orang ni ekk..thanx in adv!

“1 Dihatiku”


005. Aduh!baru 5 orang...detik hati kecilku. Aku memandang sekali lagi nombor giliran di tangan. 010. Nampak gaya lama lagi aku harus menunggu dan sesungguhnya penantian ini satu penyiksaan. Aku benci kepada penantian yang sebegini menyiksakan tapi apakan daya kali ini aku terpaksa redha. Hari ini adalah hari penentuan. Aku bakal melalui satu temu duga bagi jawatan yang diidam-idamkan oleh ibuku. Aku akui jawatan ini juga idaman aku. Kata Ibu. ‘Along...kawan-kawan Ibu cakap jadi PTD ni bagus. Cerah masa depan’. Aku mengiakan kata-kata Ibu itu. Walaupun tak pernah terlintas dan tak pernah terbayang jikalau ditakdirkan satu hari nanti aku akan bergelar seorang Pegawai Kerajaan. Tiba-tiba lamunanku diganggu-gugat oleh gelak suara sekumpulan gadis muda berhampiranku. Rancak benar mereka berbual. Rasa-rasanya mereka juga hadir untuk temu duga jawatan yang sama. Malangnya, kurang benar calon lelaki yang datang temu duga hari ini. Kalau ada pun memencilkan diri di hujung dewan. Sibuk mentelaah agaknya dengan buku di tangan. Malas pula aku nak pergi menyapa. Tiba-tiba, pintu bilik di hadapanku dibuka dan terpacul seorang gadis manis dari situ. Sempat senyuman nakal ditujukan kepadaku. Tergamam seketika dibuatnya. Belum sempat aku menyapa, pantas pula gadis manis itu digamit oleh kumpulan gadis yang bergelak sorai tadi. Mengekorinya dengan ekor mataku, aku cuba juga memasang telinga dari kejauhan. Cuba mendengar apa yang diborakkan. Gadis manis itu kulihat mula bercerita dengan gaya dan lenggoknya. ‘Apa? Diorang tanya tentang 1Malaysia. Ada beza dengan konsep Malaysian Malaysia kan? Diorang tanya pasal 3 prinsip tu juga ke?’ Jerit kecil salah seorang dari mereka terus menarik perhatianku. 1MALAYSIA! Ya Allah. Jeritku pula di dalam hati. Otakku mula ligat mengingati semula tentang konsep yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini. Yang aku tahu...ianya tentang perpaduan antara kaum...lagi...lagi...aduh!kenapa tiba-tiba aku seakan lupa semuanya. Aku rasa CPU otakku ini sudah terlalu sarat dengan segala macam informasi dan ianya sudah bercampur aduk antara satu sama lain. Perbualan antara aku, Kok Hoe dan Ramesh semasa di kopitiam seminggu yang lalu kembali terngiang-ngiang di telingaku. ‘Jie, what do you think about 1Malaysia?’ Aku sekadar menjawab ‘Ok, I think’ dan kembali menghirup kopi yang tersedia di meja. Tambah Ramesh pula ‘I respect our PM. Semua orang suka dengan konsep tu. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Entah-entah, kau temu duga nanti diorang akan tanya tentang benda alah ni’. Aku cuma mengiakan kata-kata mereka dan berjanji maklumat lanjut tentang 1Malaysia akan kucari melalui internet apabila ada kelapangan kelak.

Buaian lamunanku terhenti sekian kalinya dengan sapaan lembut oleh gadis manis tadi. ‘Saudara, saya rasa nombor giliran saudara kan ni?’. 010. Alamak! Sudah sampai giliranku. Sekejapnya rasa. Jauh aku mengelamun sampaikan tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Sempat kuucapkan terima kasih pada gadis manis yang kemudiannya berlalu pergi bersama rakan-rakannya. Aku bergegas mengepit fail mengandungi dokumen berkaitan dan pantas mengetuk bilik dihadapanku. Salam kuhulur sebagai pemula bicara. Aku dipersilakan duduk di kerusi yang disediakan dan nah...dihadapanku duduk seorang lelaki berkot hitam dan seorang wanita separuh umur berbaju kurung berwarna biru muda. Agak serius wajahnya memandangku. Aku cuba berlagak biasa dengan mengukir senyuman tetapi jantungku terasa seakan luar biasa pula degupnya. ‘Encik Mohd Fauzi, boleh perkenalkan diri...’ Dengan keyakinan yang ada, kumulakan bicara dengan sebaik yang mungkin. Perbualan seterusnya berlangsung lebih kurang 15 minit. Aku mula rasa lega kerana aku merasakan temu duga itu berjalan dengan lancar sehinggalah ke minit yang kurasakan paling mencabar. ‘Encik Mohd Fauzi tahu tentang 1Malaysia?. Tiba-tiba aku merasa peluh jantanku mula mengalir di pinggir wajah. Rasa sejuk penghawa dingin tidak mampu menyejukkan lagi aku tika itu. Gaya lenggok gadis manis di luar tadi bercerita tentang 1Malaysia turut singgah di kotak fikiranku. Kenapalah soalan yang paling aku ingin hindari saat ini ditanyakan juga. Bisik hati kecilku lagi. ‘Tahu sedikit-sedikit saja, tuan’. Sambil otakku ligat memikirkan jawapan seterusnya. ‘Apa yang kamu tahu?Ceritakan pada kami’. Ujar wanita separuh umur itu pula. ‘1Malaysia pada dasarnya adalah mengenai perpaduan antara kaum’. ‘Lagi?’. Aku diasak dengan ungkapan itu. ‘Erm...selain itu, 1Malaysia adalah...’dan aku terbayangkan disaat itu bebelan Ibu yang risaukan tentang persiapan temu dugaku dua tiga hari yang lalu. ‘Along, dah sedia ke nak pergi temu duga ni? Ibu tengok Along ni macam tak sedia apa-apa pun. Tak pernah lekat di rumah. Asyik keluar saja. Along ada tak baca tentang isu semasa. Pasal 1Malaysia ke?. Ibu risau ni. Susah nak dapat temu duga kerja gomen sekarang. Ibu nak Along lepas temu duga tu’. Harap Ibu lagi. Aku menjawab dengan nada sambil lewa sambil tanganku sibuk menekan kekunci komputer ribaku melayari laman web sosial yang popular ketika ini, Facebook. Alah, banyak masa lagi nak buat persediaan. Detik hati kecilku. ‘Encik Mohd Fauzi tahu tentang 3 prinsip teras 1Malaysia?’ Tanya wanita separuh umur itu lagi yang mengembalikan aku ke realiti sebenar. ‘Kurang pasti, puan’. Jawabku jujur. ‘Bagaimana pula dengan 8 nilai yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia?’. ‘Saya tidak tahu, tuan’. Jawabku ringkas dengan harapan tiada lagi soalan tentangnya diajukan kerana fikiranku sudah tidak dapat memikirkan lagi jawapannya. ‘Begini ya. Sebelum hadir ke sebarang temu duga khususnya dalam perkhidmatan awam seharusnya Encik Mohd Fauzi perlu mempersiapkan diri dengan secukupnya secara mental dan fizikal. Seperti juga Kemerdekaan, saya pasti 1Malaysia adalah sesuatu yang setiap rakyat Malaysia perlu tahu dan menghayatinya sepenuh jiwa. Bukan sekadar tahu 1Malaysia adalah mengenai perpaduan antara kaum seperti yang Encik nyatakan tadi, malah sebagai generasi muda, seharusnya kita perlu tahu dengan lebih mendalam lagi. Kita perlu ambil tahu perkara yang kita kurang tahu...’ terang lelaki berkot hitam dengan panjang lebar. Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata beliau dan jauh di sudut hati timbul rasa keinsafan yang amat sangat. Aku mula menyedari betapa kerdilnya aku di tanahairku sendiri. Aku menyambut Hari Kemerdekaan tiap-tiap tahun tetapi tidak mengenal erti kemerdekaan sebenar. Aku mendengar tentang gagasan 1Malaysia hampir tiap-tiap hari, diwar-warkan secara meluas di media massa tapi kenyataannya aku tidak pernah tahu maksud sebenarnya. Aku menanam tekad di sudut hatiku mulai detik itu, aku akan mengambil tahu tentang semua ini. Tahu tentang Kemerdekaan. Tahu tentang 1Malaysia. Aku mahu menjadi seorang anak Malaysia yang sejati. Itu tekadku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Along! Kok Hoe dan Ramesh datang ni...’. Panggilan Ibu mengejutkanku dari mimpi yang panjang. Di sisiku akhbar Mingguan Malaysia. Ruangan sastera “Cari 1Malaysia dalam novel Interlok’ menjadi bacaanku sebelum mimpi yang panjang itu membuaiku jauh.

‘Kok Hoe, Mesh...duduklah’ sapaku kepada dua sahabatku yang muncul dari depan. ‘Jie, how’s your interview? When is the result?’. Gamitan memoriku kembali kepada temu duga yang kulalui di SPA Putrajaya beberapa hari yang lalu. Ia mengingatkanku kembali kepada 1MALAYSIA. ‘Soon. Guys, do you know about 1Malaysia?’ Tanyaku menguji keduanya. ‘Jie, soalan cepu emas la. Aku rasa hari tu aku tanya kau kan?. Ni kau pula yang tanya aku’ Balas Kok Hoe sambil tersenyum. ‘As Malaysian, we should know what it is all about. Menurut YAB Perdana Menteri, konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dan semestinya konsep ini menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Jadi kita perlu saling memahami dan menghayati 8 nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti dengan disandarkan kepada 3 prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial’. Ujarku panjang lebar dengan merujuk kepada booklet 1Malaysia yang erat di genggamanku. Dan petang yang hening itu diteruskan dengan bual bicara antara aku, Kok Hoe dan Ramesh berkaitan 1Malaysia yang kini terasa makin dekat dihatiku.

Hasil Nukilan: Khadijah Ishak
                      September 2010