Monday, December 13, 2010

Things To Learn From aka Moral of The Story

Story 1

8 Oktober 2010 yang lalu aku telah menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak SP* 2010. Dah lama rasanya aku x bersajak nih...menulis sajak memang la dah lama bebenor x buat ...mendeklamasikannya...ishk..ishk...dah berkurun lama la juga...

Jadi, inginku kongsikan bersama...sajak yang telah kudeklamasikan semasa pertandingan tersebut...btw, yang kelakar, kedua-dua peserta yang mewakili bahagianku sedang mengandung...ops!semasa post ini ditulis..kak Ros (another declamator)..dah pun bersalin anak yang ke-4 pada bulan November yang lalu..dapat baby boy...congrats Kak Ros!

 Aksiku semasa mendeklamasikan sajak ni...haha..gambar ni aje yang photographer ambil...yang sebelah tu, peserta sebelumku...

Aksara Merdeka
Karya: Wadi Leta S.A

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa geraknya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam

aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir

aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita

Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Kalau diamati semula bait-bait dalam sajak ini...aduh!menusuk ke dalam kalbu...persoalan-persoalan ini sememangnya membelenggu kita tanpa kita sedari....

Alhamdulillah, bila keputusan diumumkan semasa Hari In*va*i SP* 2010 yang lalu, aku diumumkan sebagai sebagai pemenang kedua...walaupun terdetik dalam hati boleh jadi juara...tapi belum ada rezeki kot tahun ini...tahun depan, Insya-Allah, be more prepared...yang cerpen "1Dihatiku" tu plak..x menang gak tis time around...xpe, next year cuba lagi ekk...


Moral of this story...dun be too confident that you are the best because you are not the only one who judge yourself...

Story 2

Walaupun tengah sarat mengandung nih, aku masih lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis event-event kat ofis...rasa dihargai la plak bila orang masih memerlukan kita bagi tugas-tugas sebegini...Alhamdulillah, keadaan kesihatanku pun mengizinkan untuk terus aktif walaupun sedang berbadan dua malah orang lain plak yang risau akan keadaan ku ini...anyway, thanx for the TLC that been shown to me, my dear frens...
Nak dijadikan cerita, aku telah diminta untuk menjadi co-MC bersama dengan rakan sepejabatku, Puan A*de*la untuk satu pertandingan. Pertandingan ni jenis informal and ala-ala anugerah A*M gitu. so kitaorang berdua ni pun decide nak pakai 2 baju semasa mengacarakan event tuh. Jenuh la jugak nak mencari baju yang sesuai dengan diriku tatkala ini...cari punya cari...dapatlah satu warna hijau n satu lagi warna ungu maroon....

 Baju 1: Bercirikan tradisional

Baju 2: Moden la sikit...

Yang nak habaq mai ni adalah tentang bajuku yang no.1 tuh ...aku pun x teringat yang depa ni akan pasang spotlight on stage...sebab masa aku datang petang tuh, x de la plak nampak diorang pasang spotlight...tup-tup bila aku naik pentas...ada la plak benda alah tu...dan aku yang pandai ni x la kisah nak pakai seluar t**** sebelum pakai baju pucuk pisang tuh...apa lagi...aku telah membuat 'free show' la kejap..nasib baik la..ada yang prihatin, depa tutup la spotlight tu kejap dan bagi tau kat aku insiden tuh masa aku kat backstage...Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan aku time tuh....tapi oleh kerana nak nampak profesional, aku berjaya la men'cover' kejap perasaan ku dan bertindak pantas untuk mengatasi masalah tersebut...walaupun, ada suara-suara nakal yang mengusikku atas insiden itu, tapi nasib baik...its only a minor thing...yang penonton perasan adalah acara tersebut berjalan dengan lancar...dan mereka yang datang menonton dah lupa akan insiden baju hijau tuh...hehe...nasib baik la yang wat 'free show' tengah preggy...

Moral of this story:...dun take things for granted...always prepare urself in any situation...


PERTANDINGAN MAMA HAMIL ANGGUN PA&MA 2010

Bersempena dengan Malaysia 1st Baby, Children & Parents Expo 2010 yang berlangsung di Mid Valley dari 26 hingga 28 November 2010 yang lalu...I was chosen to be one of the finalists in the competition sponsored by Pa & Ma Magazine; co-sponsor by VMum, Amvory and Orang Kampung wic is PERTANDINGAN MAMA HAMIL ANGGUN PA&MA 2010. Hehe..x sangka sebenarnya terpilih dari kalangan 8 orang peserta tuh..mana taknya..aku saje aje la mencuba nasib dengan menghantar gambar posing mengandung nih ke majalah Pa & Ma...ada rezeki ada la..kalo x de..cuba la lagi...n then 2 weeks before the event, team majalah Pa &  Ma, Cik Nina called me up n inform me that I was chosen to be one of the lucky 8 contestants and i need to cum for fitting at VMum, Tropicana Mall...haha..rasa teruja la plak..coz ni kali pertama masuk stage competition...time mengandung plak tuh...

My Lucky Pregnancy Pic

Then, on 19th Nov...aku pun pergi la ke Tropicana Mall wit Mama, Ika n Danish (wahaha!...si kecik ni pun kena bawak gak..tolong Mama dia pilih baju)...kebetulan la plak memang aku cuti hari Jumaat tuh..well, thanx to Jun from VMum that helps me a lot during the fitting session...also thanx to Mama n Ika yang tolong pilih mana baju yang sesuai...rambang mata la gak...kena pilih baju yang sesuai untuk digayakan masa pertandingan tu nanti...so..pilih..punya pilih...baju ni la yang menjadi pilihan muktamad...

I choose black n white as the theme colour

Then, a few days later pergi la plak ke Bangi untuk mencari tudung yang sesuai...memandangkan baju dah plain, tudungnya kena la yang bercorak sedikit...preparation yang lain..x sempat nak buat pun...hanya berserah la konon-kononnya...yang penting, I'm havin' fun during the event...

Semasa hari kejadian, I went to Mid Valley quite early...around 10 am...I booked a make over at Shu Uemera that cost me around RM 80 + RM 55 (untuk bulu mata palsu memandangkan ni stage competition kan..hehe...berbaloi gak coz bulu mata ni ble pakai 15 kali walaupun selepas ni tak tau bila masa la aku nak memakai lagi benda alah ni...hentam saja la...).

After the make over...just a very light make up...suits preggy woman

Well, luckily MFA x plak kena g keje hari Sabtu yang bersejarah tu..so all my supporters bergerak ke Mid Valley lambat la sikit as the event only starts at 2 pm. After doing all the make up, aku pun pergilah 'meregister'kan diri ku di kaunter PA & Ma di Hall 1 (atau Hall 2..haha..tak ingat la wic one). Walaupun baru pukul 12 masa tuh...orang yang datang ke expo tu..Masya Allah punya la ramai...sesak sungguh dengan parents yang nak beli barang-barang untuk anak diorang...kena amik plak baju yang fitting aritu kat Booth VMum at the other hall...walaupun ada fitting room kat booth tu tapi agak susah la plak nak tukar baju kat situ coz ramai orang yang nak fitting baju (bukan peserta) memandangkan VMum buat plak sale...3 helai baju untuk RM200..berebut la orang nak beli coz kalau normal prize baju dia dah memang RM150 sehelai...aku pun mengambil risiko dengan menukar baju di toilet yang berhampiran plus pakai tudung sekali..tapi tau aje la toilet kat Mid Valley...ramai giler orang kuar masuk...dengan budak-budak mane ntah plak sibuk tukar costume kat situ dengan wig pelbagai...sabar aje la aku nih..abis make up I...tapi selesai la juga bersiap selepas berada di situ lebih kurang 30 minit.

Lepas bersiap-siap, then ikut la team Pa & Ma ke belakang pentas yang diketuai oleh Kak Liza, editor Pa & Ma...kat back stage baru la bertemu dengan 7 orang peserta yang lain.Kak Liza starts off the session with a simple briefing on the event. Kitaorang pun diberikan nombor badan masing-masing...I got No.6...maksudnya giliran ke-6 naik ke pentas. After that, kitaorang pun diajar cara catwalk...haha..ada a few points on stage that we need to stop for a while n pose...lepas tu MC akan tanya soalan..ala, senang cakap macam beauty pagent tu..bezanya kali ni pesertanya semua mengandung.

The event starts sharp at 2 pm. Meanwhile waiting for that, sempat la berborak ngan peserta yang ada..well ada yang baru mengandung 1st baby, 2nd baby pun ada...3rd baby pun ada...n luckily, my supporters manage to cum juz before the event starts...sempat la MFA bagi gud luck kiss dulu...hehe...thanx a lot to my family who had cum to support me.to quote: MFA, my lil' Danish, Mama, Ika, Angah, Mel & Mai...walaupun there were only 7 of u guys, tapi ur support was so marvellous!

Alhamdulillah, masa menantikan giliran ke pentas, I feel calm all the way. Saat nama dipanggil pun, I tried to be as calm as I can n give the sweetest smile that I have.

Bila dah puas ber'catwalk' atas pentas tu, MC pun bagi la microphone untuk sesi berikutnya. Yang kelakar, my supporters yang menggamatkan suasana telah menarik perhatian si MC untuk bertanya soalan ini.."Wow!u have a lot of supporters. Tell me who they are..."Aku pun menjawab la seadanya sambil menunjuk bangga kepada para penyokongku yang seramai 7 orang tuh...hehe.. then, aku pun memperkenalkan serba sedikit tentang diriku dan seterusnya bersedia untuk memilih sampul soalan. Soalan yang ditujukan kepada ku lebih kurang berbunyi begini:

"Pada pandangan anda, apakah tips untuk kekal menarik dan menawan semasa hamil...."

Jawapan yang aku berikan pula lebih kurang berbunyi begini:

"Untuk sentiasa kekal menarik dan menawan semasa hamil, antara tips yang saya boleh kongsikan adalah kita perlu selalu berfikiran & bersikap positif, mengamalkan pemakanan yang seimbang di samping melakukan senaman yang sesuai untuk wanita hamil..."

Wahaha...camno la ayat ni ble terkeluar dari mulut den pun den x tau...den main goreng aje ayat nih..hehe..
Senyum beberapa kali lagi ke arah penonton...dan yang penting senyum kat juri-juri...pose sikit n turun pentas...

 The 8 contestants

Selesai sahaja giliran peserta ke-8, pertandingan di serikan dengan sesi kuiz kepada para penonton sementara menunggu keputusan para juri. Time ni ble la gelak2 gak. Then, tibalah masa yang ditunggu-tunggu...all of us were called up on stage once again. Berdebar la juga hati ni menunggu keputusan pertandingan. The MC announced the consolation prizes first...and tanpa disedari selepas satu persatu nama pemenang saguhati dibacakan...the MC then announce the top 3 n I'm one of them!...wah...makin berdebar nih..

The top 3 

The MC then announce the 2nd runner up wic is contestant No.3 (yang pakai baju putih belang-belang)...so tinggal lagi 2 peserta. Me and contestant No 1 (yang pakai baju warna biru)...MC tu sempat la plak tanya kat khalayak...who they think will be the winner...Contestant No.1 or me, Contestant No.6...hehe..macam dengar banyak yang cakap No.6...perasan jap..hehe..The 1st runner up will receive a gift worth RM5800 and the winner of this competition will receive a gift total worth RM9600!...n the lucky winner is ME! Aduss...x sangka betul!


The price that I received as the winner of PERTANDINGAN MAMA HAMIL ANGGUN PA&MA 2010.

 Set Bersalin Orang Kampung
 Produk Kesihatan-Merlang
 Barang Penjagaan Kulit Wajah-Cosmecnique Paris
 Post Natal Treatment worth RM4900 from Amvory
 Ground package tour to Bali for 2 person-MFA amatlah teruja dengan hadiah ni...tapi ble g sana lepas bersalin la my dear...
 VMum Shopping Voucher worth RM1000
Manage to get 6 cloths from the voucher-terasa macam OKB bershopping...haha...

Alhamdulillah...ni kot dinamakan rezeki anak...anyway, this competition gave me such a memorable experience...terima kasih kepada majalah PA&MA, semua penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Mungkin kemenangan dalam pertandingan ini boleh menjadi inspirasi kepadaku untuk menceburi pertandingan lain yang seumpama ini..p/s: kalau my dearie MFA benarkan la ekk..