Monday, December 13, 2010

Things To Learn From aka Moral of The Story

Story 1

8 Oktober 2010 yang lalu aku telah menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak SP* 2010. Dah lama rasanya aku x bersajak nih...menulis sajak memang la dah lama bebenor x buat ...mendeklamasikannya...ishk..ishk...dah berkurun lama la juga...

Jadi, inginku kongsikan bersama...sajak yang telah kudeklamasikan semasa pertandingan tersebut...btw, yang kelakar, kedua-dua peserta yang mewakili bahagianku sedang mengandung...ops!semasa post ini ditulis..kak Ros (another declamator)..dah pun bersalin anak yang ke-4 pada bulan November yang lalu..dapat baby boy...congrats Kak Ros!

 Aksiku semasa mendeklamasikan sajak ni...haha..gambar ni aje yang photographer ambil...yang sebelah tu, peserta sebelumku...

Aksara Merdeka
Karya: Wadi Leta S.A

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa geraknya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam

aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir

aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita

Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka, kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Kalau diamati semula bait-bait dalam sajak ini...aduh!menusuk ke dalam kalbu...persoalan-persoalan ini sememangnya membelenggu kita tanpa kita sedari....

Alhamdulillah, bila keputusan diumumkan semasa Hari In*va*i SP* 2010 yang lalu, aku diumumkan sebagai sebagai pemenang kedua...walaupun terdetik dalam hati boleh jadi juara...tapi belum ada rezeki kot tahun ini...tahun depan, Insya-Allah, be more prepared...yang cerpen "1Dihatiku" tu plak..x menang gak tis time around...xpe, next year cuba lagi ekk...


Moral of this story...dun be too confident that you are the best because you are not the only one who judge yourself...

Story 2

Walaupun tengah sarat mengandung nih, aku masih lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis event-event kat ofis...rasa dihargai la plak bila orang masih memerlukan kita bagi tugas-tugas sebegini...Alhamdulillah, keadaan kesihatanku pun mengizinkan untuk terus aktif walaupun sedang berbadan dua malah orang lain plak yang risau akan keadaan ku ini...anyway, thanx for the TLC that been shown to me, my dear frens...
Nak dijadikan cerita, aku telah diminta untuk menjadi co-MC bersama dengan rakan sepejabatku, Puan A*de*la untuk satu pertandingan. Pertandingan ni jenis informal and ala-ala anugerah A*M gitu. so kitaorang berdua ni pun decide nak pakai 2 baju semasa mengacarakan event tuh. Jenuh la jugak nak mencari baju yang sesuai dengan diriku tatkala ini...cari punya cari...dapatlah satu warna hijau n satu lagi warna ungu maroon....

 Baju 1: Bercirikan tradisional

Baju 2: Moden la sikit...

Yang nak habaq mai ni adalah tentang bajuku yang no.1 tuh ...aku pun x teringat yang depa ni akan pasang spotlight on stage...sebab masa aku datang petang tuh, x de la plak nampak diorang pasang spotlight...tup-tup bila aku naik pentas...ada la plak benda alah tu...dan aku yang pandai ni x la kisah nak pakai seluar t**** sebelum pakai baju pucuk pisang tuh...apa lagi...aku telah membuat 'free show' la kejap..nasib baik la..ada yang prihatin, depa tutup la spotlight tu kejap dan bagi tau kat aku insiden tuh masa aku kat backstage...Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan aku time tuh....tapi oleh kerana nak nampak profesional, aku berjaya la men'cover' kejap perasaan ku dan bertindak pantas untuk mengatasi masalah tersebut...walaupun, ada suara-suara nakal yang mengusikku atas insiden itu, tapi nasib baik...its only a minor thing...yang penonton perasan adalah acara tersebut berjalan dengan lancar...dan mereka yang datang menonton dah lupa akan insiden baju hijau tuh...hehe...nasib baik la yang wat 'free show' tengah preggy...

Moral of this story:...dun take things for granted...always prepare urself in any situation...


No comments: